Langkau ke kandungan utama

Penyerahan Memorandum Muafakat Ulama' Mansuhkan PPSMI kepada Majlis Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-Raja Melayu

Kuala Lumpur,10 JUN - Pihak Majlis Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Engku Ngah Ibrahim telah sudi mengadakan pertemuan dan menerima memorandum wakil ulama' bagi mendesak kerajaan memansuhkan segera PPSMI.

Pertemuan itu diketuai Pengerusi SHURA,Ustaz Haji Abdul Ghani Shamsudin ; Setiausahanya, Haji Azmi Abd. Hamid ( Presiden TERAS ) ; Prof Shaharir Mohd. Zain ( Timb. Pengersui Gerakan Mansukan PPSMI ) Encik Hasni Abas ( Saetiusaha Gerakan Mansuhkan PPSMI ) Prof. Abdullah Hassan ( Pensyarah UPSI ) Ustaz Dr. Abdul Rahman Awang ( Pensyarah UIAM ) Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abd. Aziz ( Pengerusi Persatuan Penyokong Sekolah Agama Rakyat ) Hj. Salleh Abu Bakar (Ketua Penerangan TERAS ) Ustaz Azhan Ishak ( Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa,Ipoh )

Menurut Ustaz Abdul Ghani, pelbagai NGO Islam dan seramai 800 ulama'seluruh negara menyatakan sokongan bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI. Pertemuan hampir satu jam itu berlangsung di Pejabat Penyimpan Moohor-mohor besar raja-raja berhampiran Istana Negara. Ustaz Abdul Ghani dan ahli rombongan juga mengharapkan memorandum itu dapat dipanjangkan kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2009 di Kuching, Sarawak.


Ustaz Wan Tarmizi dan Hj Azmi menunjukkan memorandum kepada wartawan


Menandatangani buku pelawat di Pejabat Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-raja Melayu di Istana Negara.


Ahli rombongan di bilik mesyuarat.


Ustaz Abdul Ghani ditemani Hj Azmi di sidang akhbar selepas penyerahan memorandum.


Bergambar kenangan di hadapan pintu pejabat Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-raja Melayu.


Ustaz Azhan Ishak ( Pengarah Pusat Motivasi At Taqwa ) bergambar kenangan bersama Tan Sri.


Ahli rombongan berbincang di Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum bertolak ke Istana Negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kekosongan Jadual Majlis Ilmu Bersama Ustaz Azhan Ishak – September 2026

Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa) Ipoh mempelawa masjid, surau, institusi pendidikan, jabatan kerajaan dan swasta, organisasi, serta individu yang ingin menjemput Ustaz Azhan Ishak untuk mengisi slot kuliah dan ceramah yang masih kosong sepanjang September 2026 . Biodata Ringkas Penceramah Bertauliah Negeri Perak Pengasas Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa) Ipoh sejak 2010 Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa, Ipoh sejak 2005 Pengerusi Surau Datuk Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz, Ipoh Bentuk Pengisian Antara slot yang boleh diisi ialah: Kuliah Subuh Kuliah Dhuha Kuliah 3 Petang / Selepas Asar Kuliah Maghrib Tazkirah Jumaat Tausiyah Maulid Ceramah Khas sempena program keagamaan, motivasi dan kemasyarakatan Jadual September 2026 18 September 2026 (Jumaat) Kuliah Dhuha – Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya, Chemor Kuliah Maghrib – Masjid Nurul Islamiah, Taman Meru 2C, Ipoh Slot yang masih kosong Beberapa slot pada tarikh berikut masih dibuka untuk jemputan: ...

Koleksi Gambar Perjalanan Terakhir Allahyarham Dato' Ishak Baharom