Langkau ke kandungan utama

Catatan

Majlis Haul Murabbi Tuan Guru Hj Subri Md Arsyad Sempena Maulid Agung 1448H

Catatan terbaharu

Kekosongan Jadual Majlis Ilmu Bersama Ustaz Azhan Ishak – September 2026

Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa) Ipoh mempelawa masjid, surau, institusi pendidikan, jabatan kerajaan dan swasta, organisasi, serta individu yang ingin menjemput Ustaz Azhan Ishak untuk mengisi slot kuliah dan ceramah yang masih kosong sepanjang September 2026 . Biodata Ringkas Penceramah Bertauliah Negeri Perak Pengasas Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa) Ipoh sejak 2010 Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa, Ipoh sejak 2005 Pengerusi Surau Datuk Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz, Ipoh Bentuk Pengisian Antara slot yang boleh diisi ialah: Kuliah Subuh Kuliah Dhuha Kuliah 3 Petang / Selepas Asar Kuliah Maghrib Tazkirah Jumaat Tausiyah Maulid Ceramah Khas sempena program keagamaan, motivasi dan kemasyarakatan Jadual September 2026 18 September 2026 (Jumaat) Kuliah Dhuha – Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya, Chemor Kuliah Maghrib – Masjid Nurul Islamiah, Taman Meru 2C, Ipoh Slot yang masih kosong Beberapa slot pada tarikh berikut masih dibuka untuk jemputan: ...

Gambar Kereta kami yang kemalangan baru2 ni.

Kereta selepas beberapa jam kemalangan Ustaz Azhan Ishak ditemani Pak Alias bergambar kenangan dengan kereta yang menyimpan banyak kenangan buat kali terakhir

Penyerahan Memorandum Muafakat Ulama' Mansuhkan PPSMI kepada Majlis Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-Raja Melayu

Kuala Lumpur,10 JUN - Pihak Majlis Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Engku Ngah Ibrahim telah sudi mengadakan pertemuan dan menerima memorandum wakil ulama' bagi mendesak kerajaan memansuhkan segera PPSMI. Pertemuan itu diketuai Pengerusi SHURA,Ustaz Haji Abdul Ghani Shamsudin ; Setiausahanya, Haji Azmi Abd. Hamid ( Presiden TERAS ) ; Prof Shaharir Mohd. Zain ( Timb. Pengersui Gerakan Mansukan PPSMI ) Encik Hasni Abas ( Saetiusaha Gerakan Mansuhkan PPSMI ) Prof. Abdullah Hassan ( Pensyarah UPSI ) Ustaz Dr. Abdul Rahman Awang ( Pensyarah UIAM ) Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abd. Aziz ( Pengerusi Persatuan Penyokong Sekolah Agama Rakyat ) Hj. Salleh Abu Bakar (Ketua Penerangan TERAS ) Ustaz Azhan Ishak ( Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa,Ipoh ) Menurut Ustaz Abdul Ghani, pelbagai NGO Islam dan seramai 800 ulama'seluruh negara menyatakan sokongan bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI. Pertemuan hampir satu jam itu berlangsung di Pejabat P...

Koleksi Gambar Perjalanan Terakhir Allahyarham Dato' Ishak Baharom

vcd kenangan “AMANAT & PERJALANAN TERAKHIR KE MAKAM DI RAJA”

vcd kenangan “AMANAT & PERJALANAN TERAKHIR KE MAKAM DI RAJA” PUSAT MOTIVASI AT TAQWA dilancarkan oleh Allahyarham Dato’ Hj Ishak Baharom ( Bekas Mufti Selangor ) pada 20 April 2006. Dapatkan vcd kenangan “AMANAT & PERJALANAN TERAKHIR KE MAKAM DI RAJA” dengan harga RM15.00 seunit yang memaparkan dokumentari, biografi dan nostalgia ulamak tersohor, Dato’ Hj Ishak Baharom. Diantara klip yang menyentuh perasaan ialah rakaman tatapan terakhir wajah jenazah Allahyarham di hari beliau kembali ke rahmatullah. Wawancara eksklusif bersama Datin Khalijah Abdullah, Dato’ Dr. Haron Din, Dato’ Md Hashim Yahya dan Dr. Badrul Amin. VCD ini diterbitkan oleh Pusat Motivasi At Taqwa bagi mengisi dana pembangunan dan aktiviti dakwah. Sebarang sumbangan amat dialu-alukan. No A/C Bank islam : 08-013-01006148-7 di atas nama PUSAT MOTIVASI AT TAQWA